suria

Impian Ayu Ting Ting bawa keluarga tunai umrah tercapai selepas 2 tahun tangguh... Mahu sambut hari lahir bapa di Tanah Suci

Ayu bersama keluarganya berangkat ke Tanah Suci pada Isnin.

SETELAH dua tahun tertangguh akibat pandemik Covid-19, akhirnya penyanyi dangdut Ayu Ting Ting dapat membawa seluruh keluarganya menunaikan ibadah umrah.

Menerusi laman Instagram, Ayu memohon doa agar perjalanannya bersama keluarga ke Tanah Suci dipermudahkan pada Isnin ini.

Kata Ayu, dia sangat teruja kerana turut dapat menyambut ulang tahun kelahiran bapanya iaitu Abdul Rozak di sana.

"Yang penting semua ahli keluarga sihat, dipanjangkan usia, urusan dipermudahkan, murah rezeki, dapat jodoh dan yang terbaik untuk semua.

"Ayah pun memang nak sangat sambung ulang tahun kelahirannya di sana. Hari lahir saya pun bakal tiba, jadi banyak doa di sana," kata Ayu.

Sumber - Liputan6

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain