suria

Selepas dijatuhi hukuman penjara, ‘IG’ Seungri terus hilang

Seungri menerima hukuman satu tahun enam bulan penjara.

AKAUN Instagram bekas anggota kumpulan Big Bang, Seungri hilang selepas berita dia dijatuhi hukuman penjara selama satu tahun enam bulan pada 26 Mei lalu.

Menerusi laporan Allkpop, akaun laman sosial tersebut dipercayai telah dipadam sebaik saja selebriti itu disabitkan kesalahan melibatkan seksual.

Akaun tersebut sudah dipadam pihak Instagram pada Isnin susulan berita Seungri dijatuhkan hukuman atas perbuatan jenayah yang dilakukannya.

Untuk rekod, Seungri disabitkan dengan sembilan kes jenayah termasuklah pelacuran, perjudian i peringkat antarabangsa, pembikinan konten porno serta melakukan ugutan pada tahun 2020.

Susulan itu, bekas penyanyi berusia 32 tahun itu dijatuhkan hukuman tiga tahun penjara oleh High Milatary Court sebelum membuat rayuan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain