suria

Marshanda bengang ayah jadi mangsa pukul kerana dituduh menipu

Marshanda terkilan bapa dituduh penipu.

NAMA Marshanda kini menjadi perbualan hangat semenjak pendedahannya mengidap penyakit kanser payudara dan bipolar.

Sekali lagi Marshanda diduga apabila bapanya menjadi mangsa pukul dan kecaman kerana dituduh menipu tentang anaknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Marshanda atasi penyakit bipolar dengan berjoget, netizen kata lebih baik solat

“Sejujurnya semua yang pernah memperlekehkan papa, yang pukul papa dekat kedai masa papa datang kedai kerana fikir dia tipu mengatakan saya ni anaknya.

“Untuk anda semua yang pernah merendah-rendahkan papa saya dan menganggap dia jahat, saya tahu dia telah melakukan banyak kesilapan dalam hidupnya.

“Dulu dia pernah sakitkan hati mak saya, saya tahu. Tapi korang yang cakap papa saya jahat, korang tak ada hak nak cakap macam tu. Anda lalui neraka anda sendiri, anda belum tahu.

“Itu sahaja yang saya nak cakap, hati-hati bila cakap orang jahat, baiki diri sendiri dulu,” katanya.

Sebelum ini perkongsian Marshanda di Instagram mengundang kecaman netizen yang memintanya untuk bersolat dan berdoa daripada berjoget seumpama itu.

Segelintir netizen membela aktres itu yang menganggap ibu tunggal itu berhak melakukan perkara yang memberi ketenangan kepadanya.

Dalam pada itu, Marshanda memberitahu dia tidak akan menuntut permohonan maaf tapi mendoakan agar Allah memberi pengajaran kepada yang mengutuk ibu bapanya.

“Sesiapa yang memperlekehkan ibu dan ayah saya, saya tidak akan dapat apa-apa. Saya tidak akan menuntut. Saya hanya berdoa kepada Allah agar awak diberi pengajaran,” ujarnya.

Sumber - Liputan6

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain