USIA kandungan sudah mencecah tujuh bulan, YouTuber Indonesia Ria Ricis banyak menerima hadiah daripada peminat. Namun salah satu hadiah itu menarik perhatian Ria apabila terdapat sepucuk surat daripada seorang wanita yang dipercayai bekas kekasih suaminya, Teuku Ryan. "Siapa ini? ‘Saya gagal jadi pasangan kamu, tapi saya janji tak akan pernah gagal selalu tahu keadaan kamu dan anak kamu’. Jijik sangat," kata Ria sambil membaca isi surat tersebut. Sebaik sahaja selesai membaca, Ria terus mengoyakkan surat tersebut dengan mengucapkan terima kasih tanpa rasa bersalah atas tindakannya itu. Namun, suami Ria menjelaskan dia tidak mengetahui siapa wanita yang menulis surat tersebut malah menasihati isterinya agak tidak menerima pemberian daripada orang tidak dikenali. Untuk rekod, adik kepada selebriti Oki Setiana Dewi itu mendirikan rumah tangga dengan Ryan pada November tahun lalu. Sumber - Liputan6 Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI