suria

Rizky Febian akui sunyi hidup bujang, syukur doa ingin kekasih dimakbulkan

Rizky dan Mahalini kerap menayangkan kemesraan mereka kepada umum.

UMUM mengetahui hubungan cinta pasangan selebriti Indonesia iaitu Rizky Febian dengan kekasihnya, Mahalini yang kerap menayangkan kemesraan mereka.

Memetik laporan Liputan6, Rizky, 24, mendedahkan dia pernah berasa kesunyian setiap kali bersendirian sebelum bertemu dengan Mahalini.

Malah, Rizky juga memberitahu dia pernah berdoa kepada Allah agar dipertemukan dengan seorang wanita yang menyayangi dirinya tanpa memikirkan soal kecantikan.

"Ketika saya bersendirian, saya rasa sangat kesepian memangkan usia saya sudah meningkat. Teringin nak ada pasangan yang serius.

"Saya teringin nak ada hubungan yang serius. Dalam bilik, saya terus berdoa ‘Ya Allah saya teringin nak jodoh, tak kisah macam mana, dia cantik atau tidak.

"Tak kisah dia macam mana pun, yang penting saya berkenan di hati dan rasa bahagia. Kalau dia boleh sayang seperti mana saya, saya akan jaganya sampai bila-bila," katanya.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Hingga Tua Bersama itu tidak sangka akan dipertemukan dengan Mahalini yang berlainan agama dengannya.

"Tiba-tiba Mahalini datang, tapi saya lupa, kalau saya tidak meminta agamanya yang sama," katanya secara berseloroh.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain