suria

Foto bercium di pantai tersebar, Taylor Swift kunci mulut status hubungan dengan kekasih

Taylor Swift dan Joe Alwyn bercinta sejak 2016 lagi.

FOTO penyanyi Taylor Swift sedang bercuti bersama teman lelakinya iaitu Joe Alwyn menarik perhatian peminat.

Menerusi perkongsian di laman sosial itu, penyanyi terkenal tersebut dilihat bercumbuan mesra dengan kekasihnya ketika beriadah di pantai.

Dipetik dari Page Six, foto tersebut dipercayai dirakam ketika pasangan tersebut sedang bercuti di Pantai Carribean, baru-baru ini.

Taylor atau nama sebenar Taylor Alison Swift, 32, dilihat memakai bikini hitam manakala Joseph Matthew Alwyn, 31, menggayakan seluar renang biru.

Walaupun sudah bercinta selama enam tahun, pelakon Conversations with Friends itu tetap enggan berkongsi mengenai kisah peribadinya kepada umum.

Pada Januari 2020 sewaktu pelancaran filem dokumentari Netflix berjudul Miss Americana, Taylor Swift muncul dengan mengenakan cincin berlian besar di tangan kirinya.

Bagaimanapun, pasangan itu sehingga kini masih mengunci mulut mengenai khabar angin tersebut.

Hal tersebut membuatkan para peminat kembali berteka-teki tentang status sebenar penyanyi lagu Love Story itu.

"Kalau la saya dapat duit, setiap kali saya dimaklumkan yang saya sudah bertunang, mesti sekarang ini saya ada duit yang banyak

"Saya tak akan jawab walaupun khabar angin itu benar, dan jika salah pun saya tetap akan tutup mulut," jawab Alwyn dalam temu ramah bersama WSJ Magazine.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain