suria

Ibu saudara bawa anak arwah Vanessa Angel ziarah kubur, netizen tersentuh tengok Gala panggil ‘mama... ayah’

Fuji dan Gala melawat kubur Vanessa dan Bibi.

ADIK ipar kepada Vanessa Angel iaitu Fuji mengambil kesempatan membawa anak saudaranya, Gala Sky menziarahi pusara ibu bapanya di Tanah Perkuburan Taman Malaka, Jakarta, Jakarta Selatan.

Tindakan Fuji mengajar Gala menabur bunga di kubur orang tuanya menarik perhatian netizen yang rata-ratanya menganggap momen itu dilihat cukup menyayat hati.

Lebih membuatkan netizen sebak apabila melihat Gala tidak henti-henti memanggil 'ayah' sambil menatap gambar yang diletakkan di atas pusara arwah bapanya iaitu Bibi Andriansyah.

"Ayah...ayah...ayah," ujar Gala Sky Andriansyah berulang kali.

Lantas, Fuji terus mengajak Gala untuk mendoakan kesejahteraan ayahnya.

"Semoga ayah berada di syurga ya... amin," doa Fuji sambil menadah tangan Gala dan mengusap ke wajahnya.

Gala

Gala kehilangan ibu dan ayahnya pada tahun lalu akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Perkara yang sama turut terjadi semasa Gala menabur bunga di atas kubur ibunya.

"Mama... mama... mama," kata cucu kepada Haji Faisal itu.

"Mama, Gala rindu. Semoga mama berada si syurga Allah... amin," ujar Fuji lagi yang mengajar Gala mendoakan ibunya tercinta.

Video Gala berada di pusara arwah ibu bapanya menjadi tular di TikTok sehingga mencecah 10 juta tontonan dan rata-rata netizen turut meluahkan rasa sedih di ruangan komen.

"Sedihnya melihat Gala memanggil ibu dan ayahnya. Semoga sihat selalu Gala dan menjadi anak yang soleh. Doakan ayah dan ibu selalu ya.

"Gala nampak seperti sudah memahami bahawa ibu dan ayahnya sudah tiada," tulis beberapa warganet.- Liputan6

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain