suria

Netizen dedahkan RM (BTS) bakal berkahwin, mula kenal seorang wanita ketika sesi bertemu peminat

RM dikatakan bakal berkahwin.

BARU-BARU ini tersebar gosip kononnya salah seorang anggota BTS iaitu RM bakal berkahwin dalam masa terdekat.

Menjawab tentang berita tersebut, agensi yang mewakili RM menegaskan ia adalah satu tuduhan tidak berasas dan akan mengambil tindakan terhadap penyebaran maklumat palsu.

“Khabar angin tentang RM akan berkahwin adalah tidak berasas. Kami akan terus mengambil tindakan terhadap penyebaran berita palsu melalui YouTube itu,” jelas kenyataan agensi berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: RM (BTS) derma RM3 juta kepada muzium kesenian sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-26

Cerita perkahwinan RM mula diperkatakan apabila seorang netizen mendakwa dia mendapat panggil dari rakannya memaklumkan hal berkenaan.

“Saya menerima panggilan dari rakan ketika kolej memberitahu dia bakal berkahwin. Dia pernah belajar di sebuah universiti ternama dan berasal dari keluarga yang baik.

“Saya dapat tahu dia bertemu RM dalam satu sesi bertemu peminat. Bakal pengantin itu adalah ketua kumpulan BTS,” katanya.

Cerita tersebut disebarkan melalui internet dan ia mula mendapat perhatian ramai. -SOOMPI

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

BTS, RM BTS, BTS Army, RM BTS Kahwin

Artikel Lain