suria

Adik ipar Vanessa Angel tertekan kerana popular, dapatkan rawatan psikologi

Kisah cinta Fuji dan Thariq juga menjadi perhatian ramai.

ADIK ipar kepada Allahyarham Vanessa Angel iaitu Fuji akui tertekan apabila namanya kini semakin mendapat perhatian umum.

Fuji yang juga merupakan seorang pelakon, memberitahu disebabkan tekanan yang dialami, dia terpaksa mendapatkan rawatan psikologi.

“Saya pernah mendapatkan nasihat psikologi, saya menangis selama dua jam.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu saudara bawa anak arwah Vanessa Angel ziarah kubur, netizen tersentuh tengok Gala panggil ‘mama... ayah’

“Mungkin kerana pertanyaan yang diajukan membuatkan saya menangis tetapi sesi itu membuatkan saya terbuka terhadap apa yang dipendam dalam diri,” katanya.

Nama Fuji mula menjadi sebutan selepas pemergian Vanessa yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada November tahun lalu bersama suaminya Bibi Andriansyah iaitu abang kepada Fuji.

Bukan itu sahaja, hubungan cinta antara Fuji dan Thariq Halilintar iaitu adik kepada Attar Halilintar juga sering mendapat perhatian ramai.

vanessa 1

Vanessa dan Bibi meninggal dunia akibat kemalangan November tahun lalu.

Sementara itu, bapa kepada Fuji iaitu Haji Faisal meluahkan rasa kesal apabila ada pihak sering bercakap buruk tentang anaknya itu dan berharap dugaan ini akan lebih membuatkan aktres itu lebih matang.

“Dia sudah berusaha memberi kebaikan kepada orang lain dengan hasil kerjanya, tetapi tetap mendapat sindiran. Itu yang membuatkan saya merasa kesal.

“Dia masuk ke dunia di mana dia menjadi perhatian masyarakat. Semoga dia akan terbiasa dengan perkara ini. Saya yakin semakin banyak bergaul, dia akan menjadi lebih matang,” ujarnya seperti yang dipetik dari DetikHot.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain