suria

Berkali-kali berlaku curang, Khloe Kardashian dan Tristan Thompson bakal timang cahaya mata kedua 

Khloe dan Tristan bakal timang anak kedua November depan.

HUBUNGAN Khloe Kardashian dan Tristan Thompson nampaknya belum berkahir meskipun pemain bola keranjang itu berkali-kali ditangkap bersikap curang terhadap bintang realiti berkenaan.

Terbaru, pasangan itu yang dilaporkan sudah berpisah bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.

Tidak menafikan perkara itu, wakil kepada Khloe memberitahu DailyMail pasangan itu bakal menimang cahaya mata kedua melalui kaedah ibu tumpang.

Khloe Daughter

Khloe dan anak perempuannya, True.

"Apa yang dapat kami sahkan adalah pasangan itu bakal menimang cahaya mata kedua sekitar November depan.

"Khloe sangat berterima kasih kepada ibu tumpang dan meminta semua pihak memberi ruang privasi kepada pasangan itu," kata wakil berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kononnya ditangkap polis Sweden, Drake perdaya peminat umum konsert jelajah

ARTIKEL BERKAITAN: Sara Ali Khan dan Janhvi Kapoor hampir maut ketika mendaki, tergantung di tebing 30 minit

Terdahulu, pada Mac 2021, seorang wanita dikenali sebagai Nichols mengaku sedang mengandungkan anak Tristan ketika dia sedang menjalin hubungan dengan Khloe.

Nichols melahirkan bayi lelaki itu pada 1 Disember dan diberi nama Theo Thompson dan pemain bola keranjang itu pernah menyangkal dakwaan bayi itu adalah anaknya.

Namun pada Januari lalu, bintang Chicago Bulls itu mengakui Theo adalah anaknya dan meminta maaf secara terbuka kepada Khloe atas sikap curangnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain