suria

Haji Faisal letak syarat maafkan Doddy Sudrajat, tuntut jelaskan tukar nama cucu

Faisal (kiri) mohon Doddy buat permohonan maaf dan menjelaskan punca menukar nama cucu mereka.

SEKIAN lama berlaku perselisihan faham, bapa mentua kepada Allahyarham Vanessa Angel iaitu Haji Faisal akhirnya bersetuju untuk kembali berbaik dengan besannya, Doddy Sudrajat.

Bagaimanapun, Faisal memohon agar Doddy dapat membuat kenyataan maaf dan menceritakan perkara sebenar tentang permasalahan antara dua keluarga mereka sebelum ini.

Antara perkara yang dituntut oleh Faisal adalah supaya Doddy menjelaskan sebab menukar nama cucu mereka Gala Sky Andriansyah kepada Gaya Sky Adzan.

“Dia harus bertanggungjawab. Akhirnya nanti pasti akan minta maaf kalau bersalah. Kenapa tukar nama cucu kami?

vanessa 1

Vanessa dan Bibi meninggal dunia akibat kemalangan.

“Jika belum ada penjelasan, saya tidak boleh maafkan... Seorang datuk harus melindungi cucunya,” ujar Faisal seperti yang dipetik dari Kapan Lagi.

Faisal merupakan bapa kepada suami Vanessa iaitu Bibi Andriansyah.

ARTIKEL BERKAITAN: 5 bulan berjuang, hak jagaan anak Vanessa Angel akhirnya diserah kepada bapa mentua, Haji Faisal

Vanessa dan Bibi meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada November tahun lalu.

Perbalalahan antara Faisal dan Doddy bermula selepas kematian mereka gara-gara mahu merebut hak penjagaan cucu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain