PENYANYI Ricky Martin menyangkal dakwaan mempunyai hubungan terlarang dan melakukan amang seksual terhadap anak saudara lelakinya yang berusia 21 tahun. Wakil kepada penyanyi itu menjelaskan tuduhan itu langsung tidak berasas malah tidak mungkin Ricky tergamak melakukan perbuatan terkutuk itu dengan anak saudaranya sendiri. Anak saudaranya itu juga dilaporkan mengalami masalah mental dan mempunyai rekod jenayah lampau sebelum ini. "Individu itu mempunyai masalah mental dan Ricky tidak akan melakukan perbuatan seperti didakwa apatah lagi menjalinkan hubungan istimewa dengan darah dagingnya sendiri. ARTIKEL BERKAITAN: Ricky Martin didakwa laku keganasan domestik selepas bekas pengurus saman RM13 juta "Dakwaan itu sangat menjijikkan dan kami berharap anak saudaranya itu segera mendapatkan bantuan. Apa paling penting kes ini perlu dibatalkan selepas pihak mahkamah mendapat semua bukti," kata wakil penyanyi latin berkenaan kepada People. Terdahulu, anak saudaranya itu mendapatkan perintah larangan terhadap penyanyi itu. Dalam pada itu, adik kepada Ricky iaitu Eric Martin dalam satu siaran langsung di Facebook mendedahkan anak saudaranya itu memang mengalami masalah mental dan semua tuduhan terhadap abangnya itu adalah palsu. Sabit kesalahan, Ricky berdepan hukuman penjara selama 50 tahun. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI