suria

Jay Chou didakwa sembunyi laporan pekerja terkena jangkitan Covid-19

Jay Chou nafi sembunyikan laporan kesihatan kakitangan.

PENYANYI Jay Chou berdepan dengan kontroversi apabila dia didakwa menyembunyikan laporan kesihatan kakitangan syarikatnya yang terkena jangkitan Covid-19.

Laporan menyebut, perkara itu berlaku ketika Jay dan beberapa krew berada di Australia bagi menjalani penggambaran muzik video salah sebuah lagu dalam album baharunya berjudul Greates Works of Art yang dilancarkan awal bulan ini.

Bagaimanapun salah seorang daripada pasukan produksi telah pulang awal ke Taiwan kerana dijangkiti Covid-19 dan individu tersebut tidak menjalani kuarantin di Australia kerana dikatakan tidak mempunyai bajet mencukupi untuk perkhidmatan hotel.

ARTIKEL BERKAITAN: Album Ateez dijual sebelum dilancarkan, kedai muzik jejak pembeli

Tidak hanya itu, ada laporan menyebut, pengarah dan jurukamera turut dijangkiti wabak tersebut namun perkara itu dirahsiakan.

Menafikan berita yang tersebar, wakil kepada Jay memberitahu hanya seorang sahaja pasukan produksi yang terkena jangkitan pada 21 Julai dan sedang menjalani kuarantin di Australia.

Kenyataan itu juga memaklumkan semua yang pulang semula ke Taiwan dikehendaki menjalani kuarantin kendiri di rumah bagi mengelakan sebarang penularan di negara mereka.

"Semua pasukan terus pulang ke rumah mengikut peraturan kuarantin yang telah ditetapkan.

"Polisi syarikat kami memberi pilihan sama ada untuk duduk di rumah atau di hotel. Mereka diberi bayaran jika memilih untuk tinggal di hotel," jelas kenyataan tersebut. -8DAYS

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain