suria

Skrin besar hempap 2 penari di konsert Mirror, salah seorang kritikal cedera bahagian tengkuk

Konsert Mirror ditangguhkan atas faktor keselamatan.

SEBUAH skrin besar tiba-tiba terjatuh ketika kumpulan popular Mirror sedang membuat persembahan di Hong Kong Coliseum pada Khamis.

Kejadian tersebut menyebabkan dua orang penari di atas pentas mengalami kecederaan dan konsert yang sepatutnya berlangsung sehingga 6 Ogos ini terpaksa ditangguhkan.

Menurut laporan, dua orang penari lelaki itu dikejarkan Hospitan Queen Elizabeth di Hong Kong dan salah seorangnya mengalami kecederaan teruk di bahagian leher.

ARTIKEL BERKAITAN: Jay Chou didakwa sembunyi laporan pekerja terkena jangkitan Covid-19

Manakala seorang lagi hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian kepala.

Insiden yang berlaku turut menarik perhatian pihak pemerintah yang mengarahkan penangguhan konsert Mirror sehingga struktur pentas berkenaan telah disahkan benar-benar selamat.

mirror 2

Rakaman peminat yang menunjukkan skrin besar tiba-tiba terjatuh.

Dalam masa sama, lebih 10,000 peminat juga telah menandatangani petisyen meminta pihak pengajur untuk memberi perhatian lebih kepada tahap keselamatan memandangkan kejadian seperti ini bukan pertama kali berlaku.

Pada Selasa lalu, salah seorang anggota Mirror iaitu Frankie Chan terjatuh apabila laluan dia berjalan dilihat bergoyang dan tidak kukuh selain pencahayaan yang malap di atas pentas.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain