suria

Tak mahu guna ‘dating apps’, Brad Pitt minta tolong rakan cari kekasih baharu

Brad Pitt lebih senang memilih untuk menggunakan cara konvensional berbanding menggunakan aplikasi cari jodoh.

SETELAH hampir enam tahun menyandang gelaran duda, aktor Brad Pitt akhirnya bersedia untuk kembali bercinta.

Pitt, 58, bagaimanapun enggan menggunakan aplikasi mencari pasangan atau dating apps, sebaliknya dia meminta pertolongan daripada beberapa kenalan rapat.

Menurut sumber, penceraiannya dengan Angelina Jolie memberikan tamparan hebat buat pelakon filem Troy itu.

"Beberapa rakan sedang dalam usaha untuk mengaturkan janji temu. Buat masa sekarang tiada yang serius berlaku.

"Namun, dia kelihatan sangat terbuka untuk menerima kehadiran orang baharu dalam hidupnya selepas bercerai," kata sumber.

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh sombong gara-gara lupa nama dan wajah orang... Rupanya Brad Pitt hidap penyakit ini!

Sumber turut memberitahu, Pitt kini lebih bersikap tertutup dan berusaha sebaik mungkin ingin menyembunyikan identiti wanita yang ditemuinya.

"Dia berkemungkinan ada berjumpa dengan beberapa orang wanita, tetapi dia sangat melindungi mana-mana wanita ketika keluar janji temu agar foto mereka tidak dirakam.

"Pitt bimbang hubungan mereka akan terjejas sekiranya hal tersebut menjadi heboh," tambahnya.

Sekitar 2020 lalu, Pitt dikhabarkan menjalin hubungan asmara dengan model asal Jerman, Nicole Poturalski dan beberapa selebriti lain antaranya Alia Shawkat dan Andra Day.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain