suria

Menyesal tampar Chris Rock, Will Smith mohon maaf secara terbuka

Smith memohon maaf secara terbuka akibat kesilapannya menampar Chris Rock di acara Oscar Mac lalu.

AKTOR, Will Smith mengaku menyesal kerana menampar Chris Rock di acara Anugerah Oscar pada Mac lalu.

Smith juga memohon maaf atas sikapnya yang keterlaluan dan berusaha untuk mendapatkan kemaafan daripada Chris Rock.

"Beberapa bulan kebelakangan ini saya banyak berfikir.

"Saya ingin melakukan permohonan maaf secara terbuka terhadap kamu, Rock. Saya sedar saya salah.

"Sesungguhnya saya amat kesal dengan apa yang sudah berlaku. Saya juga meminta maaf kepada Academy, penerbit, tetamu dan mereka yang menonton," katanya.

Smith menampar Chris Rock kerana mempersendakan masalah rambut yang dialami oleh isteri Smith, Jada Pinkett Smith.

ARTIKEL BERKAITAN: Will Smith letak jawatan selepas insiden tampar Chris Rock, mengaku khianati kepercayaan Akademi

Smith berkongsikan permohonan maaf itu di Instagram pada Jumaat.

Pelakon filem Man In Black itu turut bertindak demikian kerana tidak mampu menerima gurauan Rock tentang rambut isterinya, Jada Pinkett Smith.

Pinkett Smith masalah rambut disebabkan menghidap Alopecia.

Disebebkan tindakan Smith itu, pihak Akademi melarangnya untuk menghadiri Oscar selama 10 tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain