KONSEP muzik video Ready For Love kumpulan Blackpink mengundang kritikan netizen gara-gara memiliki banyak persamaan dengan Aespa. Perkara tersebut lantas mencetuskan perdebatan dalam kalangan peminat yang membandingkan konsep album kedua-duanya. ARTIKEL BERKAITAN: Jisoo Blackpink seronok berlakon, bawa watak berbeza daripada karakter sebenar "Saya bukanlah peminat untuk mana-mana kumpulan, tetapi bukannya ini dilihat terlalu banyak persamaan? "Kedua-duanya sangat serupa dan dasarnya mereka ini meniru," komen netizen di sebuah laman web tempatan. Meskipun heboh diperkatakan, namun kedua-dua syarikat pengurusan YG Entertainment (Blackpink) dan SM Entertainment tidak memberikan sebarang reaksi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI