MASIH mengunci mulut berhubung gosip perkahwinannya dengan lelaki dari Dubai, nama pelakon Laudya Cynthia Bella terus menjadi bualan apabila dia tiba-tiba mengumumkan mahu bersara daripada dunia seni. Dalam satu kenyataan, Laudya memberitahu dia sudah lama memasang niat untuk meletakkan noktah karier seninya dan memohon peminat terus mendoakan agar dia berjaya dalam kehidupan. "Doakan saya. InsyaAllah tiada filem lagi. Semoga istiqomah. Kali terakhir saya berlakon adalah filem Buya Hamka. ARTIKEL BERKAITAN: Tular video perkahwinan dengan jejaka Arab, Laudya Chintya Bella doa terhindar daripada fitnah "Memang saya sudah pasang niat, tetapi manusia itu lemah. Semoga Allah membantu. "Saya ingin berjaya di dunia dan akhirat. Masih banyak yang perlu saya pelajari dan lalui selepas ini," katanya seperti yang dipetik dari Liputan 6. Untuk rekod, Laudya sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan Malaysia iaitu Engku Emran pada September 2017. Perkahwinan mereka tidak bertahan lama dan bercerai pada Julai 2020. Pengurus kepada Laudya sebelum ini dalam satu kenyataan menafikan dakwaan kononnya dia sudah bernikah sekali lagi selepas sebuah video mula tular di media sosial, baru-baru ini. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI