suria

Terima ugutan bunuh, Salman Khan mohon lesen senjata api dan beli kereta kalis peluru

Salman beli kereta baharu dengan ciri khas keselamatan.

BIMBANG keselamatan diri dan keluarga, pelakon Salman Khan mengambil langkah berjaga-jaga dengan mendapatkan lesen senjata api dan membeli sebuah kereta kalis peluru.

Salman dikatakan membeli kereta jenama Toyota Land Cruiser berharga kira-kira RM850,000 itu selepas menerima ancaman bunuh dari individu bernama Lawrance Bishnoi dan ahli kumpulannya.

Difahamkan kereta berkenaan dilengkapi dengan ciri-ciri khas sebagai sebuah kenderaan kalis peluru.

ARTIKEL BERKAITAN: Serang wartawan tahun 2019, mahkamah kekalkan kes Salman Khan... Mohon untuk tidak hadir perbicaraan

Menerusi laporan media tempatan, Salman dilihat hadir ke Balai Polis Mumbai bagi menjalani ujian sebelum mendapatkan lesen senjata api.

Selain Salman, keluarganya turut terkena tempias ugutan bunuh selepas kematian penyanyi rap Sidhu Moosewala yang ditembak oleh kumpulan Lawrance pada Mei lalu.

Bapa Salman iaitu Salim Khan pernah menerima sepucuk surat ugutan ketika dia sedang beriadah di sebuah taman yang biasa dikunjungi oleh mereka. -BOLLYWOODHUNGAMA

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain