PENYANYI Dewi Perssik akhirnya membuka mulut mendedahkan punca penceraiannya dengan suami, Angga Wijaya. Menurut Dewi, dia sudah lama bertahan dengan sikap Angga yang dikatakan suka mengambil wangnya tanpa keizinan. "Kami selalu bergaduh disebabkan masalah kewangan. Bukannya saya tidak bersyukur kerana memiliki suami seperti dia, namun duit asyik hilang. ARTIKEL BERKAITAN: Sah bercerai buat kali ketiga, Dewi Perssik harap bertemu jodoh lelaki bukan pencuri hartanya "Bagaimana menjadi isteri yang duitnya terus diambil suami?," katanya kepada media seperti yang dipetik dari DetikHot. Dewi dan Angga sah bercerai pada Isnin lalu selepas lima tahun mendirikan rumah tangga. Ketika cerita perceraian mereka hangat diperkatakan, Dewi menafikan dakwaan masalah kewangan menjadi punca dia dan suami berpisah. Dalam satu kenyataan sama, Dewi juga memberitahu Angga telah mampu hidup senang selepas mereka mendirikan rumah tangga. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI