suria

Anak minta bapa ala lelaki Korea, Ayu Ting Ting pening cari pasangan

Ayu masih terbuka cari pasangan hidup baharu.

TIDAK pernah menutup hati untuk kembali mencari pasangan hidup selepas bercerai, penyanyi Ayu Ting Ting meluahkan rasa bingung apabila anaknya iaitu Bilqis mahukan seorang bapa tiri yang memilik wajah seperti jejaka Korea.

Menurut Ayu, permintaan tersebut disebabkan anaknya yang berusia sembilan tahun ini kini mula mengenali dunia hiburan k-pop dan meminati artis-artis lelaki di sana.

“Anak izinkan saya bercinta tetapi dia mahu lelaki Korea. Perkara itu buat saya bingung kerana kami orang Indonesia.

ARTIKEL BERKAITAN: Ayu Ting Ting jatuh sakit setibanya di Makkah

“Disebabkan sukakan Korea, jadi dia mahu seorang bapa yang berkulit putih. Satu ujian berat buat saya,” katanya seperti dilaporkan Detik.

Dalam masa sama, penyanyi lagu Alamat Palsu ini memberitahu dia tidak terdesak untuk segara bernikah dan enggan menggunakan sebarang aplikasi mencari pasangan.

“Siapa yang tidak mahu mencari pasangan? Bagaimanapun saya tidak pernah gunakan apalikasi untuk cari pasangan,” jelasnya.

Ayu sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Henry Baskoro pada tahun 2013 namun perkahwinan tersebut hanya bertahan selama setahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain