PELAKON Tom Hollland mengambil keputusan mengejut untuk berehat dari aktif di media sosial kerana masalah mental yang dialaminya. Menurut Holland, 26, dia terlalu banyak membaca cerita tentang dirinya di platform tersebut sehingga menyebabkan kemudaratan. "Saya mahu berehat dari sosial media kerana masalah kesihatan mental. Saya dapat Instagram dan Twitter terlalu merangsang pemikiran dan apabila membaca tentang diri sendiri ia memberi kesan mudarat ke atas kesihatan mental. "Saya mengambil keputusan untuk berundur dan memadam semua aplikasi tersebut," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan cinta semakin serius, Tom Holland dan Zendaya beli rumah bersama Pelakon filem Spider-Man: Homecoming ini menjelaskan perkara tersebut dalam sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya. Dalam video sama, Holland juga berkongsi nasihat supaya tidak malu untuk mendapatkan nasihat jika mana-mana individu lain turut mengalami masalah sama sepertinya. "Terdapat stigma buruk terhadap masalah kesihatan mental dan kita tidak perlu malu untuk mendapatkan bantuan," jelasnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI