PELAKON Aamir Khan berdepan tindakan saman selepas satu laporan polis dibuat berhubung filem terbaharu lakonannya berjudul Laal Singh Chaddha didakwa mencemarkan nama baik pasukan tentera India. Laporan tersebut juga menyebut salah satu babak filem tersebut dilihat sengaja mencetuskan perbalahan antara kaum di mana ia bertentangan dengan undang-undang negara tersebut. "Dalam filem berkenaan digambarkan seorang yang mempunyai masalah mental dibenarkan untuk menyertai pasukan tentera dalam Perang Kargil. ARTIKEL BERKAITAN: Sibuk kejar populariti sehingga abaikan keluarga, Aamir Khan pernah pasang niat berhenti berlakon "Tindakan itu adalah adalah satu fitnah dan menjatuhkan moral kerana mengikut fakta anggota terbaik sahaja dibenarkan menyertai perang. "Salah satu dialog yang dikeluarkan boleh mencetus kepada perbalahan antara kaum. Ia bertentangan dengan ideologi negara dan menimbulkan salah anggap terhadap tentera India," jelas kenyataan tersebut. Laporan dibuat terhadap Aamir selaku penerbit dan beberapa pihak lain yang terlibat dalam pembikinan filem tersebut di bawah kesalahan menyentuh sentimen agama, menghina tentera India, selain mengandungi unsur provokatif yang boleh mengakibatkan kekecohan. Laal Singh Chaddha turut menampilkan Kareena Kapoor sebagai watak utama dan ia mula ditayangkan sejak 11 Ogos lalu. - BOLLYWOODHUGAMA Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI