KELAB peminat kumpulan BTS iaitu Army berjaya mengubah tarikh penerbitan majalah antarabangsa Rolling Stone bagi edisi September 2022. Mengikut jadual, majalah tersebut sepatutnya diterbitkan pada 6 September tetapi ditukar kepada 1 September bersempena dengan hai jadi ke-25 salah seorang anggota BTS iaitu Jungkook. Tidak pernah berlaku dalam sejarah penerbitan Rolling Stone, penukaran tersebut lantas membuktikan kuasa dan pengaruh peminat dengan menjalinkan kerjasama di antara majalah dan peminat kumpulan terkenal itu. ARTIKEL BERKAITAN: Anggota BTS beri pengaruh besar buat Jungkook, personaliti berubah sepanjang 10 tahun Malah ia adalah kali pertama kerjasama seumpama itu dilakukan pengurusan majalah itu dengan kelab peminat. Iklan bersempena hari jadi Jungkook dalam Rolling Stone. Army mahu majalah itu diterbitkan pada 1 September kerana mereka menempah khas iklan dalam majalah tersebut bagi mengucapkan hari jadi kepada Jungkook. "Budaya membeli iklan hari jadi untuk selebriti kesayangan mereka adalah perkara biasa bagi artis K-pop dengan peminat mereka. "Memang sebelum ini pernah dilakukan tetapi tidak pernah majalah muzik penting seperti ini melakukannya," kata sumber. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI