DISEBABKAN kurang dilihat menghabiskan masa bersama, pasangan selebriti Megan Fox dan Machine Gun Kelly (MGK) dikatakan sudah berpisah. Khabar angin perpisahan itu timbul ekoran pasangan itu kurang berinteraksi antara satu sama lain di media sosial selain kali terakhir dilihat berbuat demikian pada 30 Jun lalu. Difahamkan kedua-duanya sering bergaduh dan hubungan kedua-duanya sering kali dingin termasuk tidak sehaluan. "Sukar untuk dijelaskan bagaimana keadaan hubungan mereka sekarang. Kita hanya perlu tunggu dan lihat apa yang akan berlaku nanti," kata sumber. ARTIKEL BERKAITAN: Megan Fox dapat rasakan jadi 'pasangan sejiwa' Machine Gun Kelly ketika kali pertama tatap mata Sementara itu, dalam satu temu bual, MKG ada menerangkan tentang tahap kesihatan mentalnya dan mengakui pernah mencuba untuk membunuh diri. MKG juga mengatakan Fox pernah menjerit ke arahnya ketika dia meletakkan senapang patah ke dalam mulut. "Saya berada di dalam bilik dan ketakutan apabila saya meletakkan senapang patah ke dalam mulut. Kemudian saya menjerit cuba melepaskan tembakan dengan senapang patah namun pelurunya tersekat. Fox agak terkejut dengan perkara itu," jelas MKG. Ada juga dakwaan yang mengatakan MKG berasa cemburu apabila Fox bercerita tentang kisah hidupnya dengan beberapa orang lelaki lain dalam rancangan Good Mourning dan dipercayai perkara tersebut punca dia marah dengan tunangnya itu. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI