suria

Sumber dedah Angelina Jolie individu lapor Brad Pitt mengamuk dalam kapal terbang pada 2016

Angelina buat laporan polis selepas dikasari Brad pada 2016.

NAMA pelakon Angelina Jolie terbongkar sebagai individu yang membuat laporan berhubung kes yang mendakwa bekas suaminya iaitu Brad Pitt melakukan keganasan ketika mereka berada di dalam sebuah kepal terbang pada tahun 2016.

Menurut laporan TMZ, seorang sumber memberitahu dia melihat dokumen laporan yang telah dibuat dan tandatangan orang yang membuat laporan adalah Angelina.

Pelakon Mr & Mrs Smith itu sebelum ini memohon supaya namanya dirahsiakan ketika laporan dibuat.

ARTIKEL BERKAITAN: Jual ladang anggur tak beritahu, Brad Pitt saman Angelina Jolie!

Dalam kejadian yang berlaku, Angelina mendakwa Brad melakukan keganasan dengan menarik bahunya sehingga turut menyebabkan kecederaan di bahagian siku.

Brad juga dikatakan mengeluarkan kata-kata kesat kerana berada dalam keadaan mabuk.

Brad bagaimanapun menafikan dakwaan dibuat dan siasatan terhadap kes tersebut tidak diteruskan atas beberapa faktor yang tidak disebut.

Angelina dan Brad berkahwin pada Ogos 2014 dan mereka berpisah pada September 2016.

Kes perceraian mereka berlanjutan selama hampir tiga tahun dan akhir selesai pada April 2019.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain