suria

Seks jadi dingin, hilang nafsu terhadap isteri... Denny Sumargo hampir cerai lepas 3 bulan kahwin

Masalah hubungan seks jadi punca Denny dan isteri gaduh.

PELAKON Denny Sumargo mendedahkan dia dan isterinya, Olivia Allan pernah bergaduh besar akibat masalah komunikasi selain hilang nafsu ketika melakukan hubungan intim.

Disebabkan itu juga, Denny dan isteri hampir berpisah selepas Olivia mengambil keputusan untuk keluar daripada rumah.

"Tiga bulan pertama berkahwin kami jarang masuk tidur awal dan selalu sahaja melepasi tengah malam. Bagi saya biar kami tidak bercakap soal hubungan intim.

ARTIKEL BERKAITAN: Dewi Perssik akhirnya dedah punca cerai... Tak tahan bekas suami selalu kebas duit

"Disebabkan itu kami bergaduh besar sehingga isteri menjerit-jerit di rumah. Semenjak bercinta, itulah pertama kali gaduh besar.

"Semakin saya tinggi suara, dia pun begitu juga. Salah satu yang saya katakan minta dia keluar rumah dan dia terus sahaja melakukannya," cerita Denny.

Olivia mengambil keputusan untuk tinggal sementara waktu di rumah ibu bapa Denny.

Selepas melakukan perbincangan dan mendapat nasihat orang tua hubungan mereka kembali pulih dan mengakui hubungan intim juga semakin hangat.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada November 2020.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain