SELEBRITI kontroversi Indonesia, Nikita Mirzani mendedahkan sudah menyiapkan surat wasiat dan pembahagian harta untuk anak-anak sejak sebulan lalu. Menurut laporan Liputan6, Nikita berkata dia enggan anak-anak bergaduh mengenai harta jika satu hari nanti dia ditakdirkan meninggal dunia. Ini kerana dia menyedari hal berkaitan harta boleh mengundang pelbagai konflik dalaman keluarga. "Saya beberapa bulan lalu sudah membuat surat wasiat kerana tak mahu nanti kalau saya mati anak-anak hidup susah dan berebut harta. "Ya saya sudah buat wasiat untuk anak-anak dan adik. "Saya sudah sediakan aset untuk setiap anak dan surat wasiat itu dipegang oleh Kak Fitri yang sudah dikenali enam tahun lalu. Dia sahaja yang jujur," katanya. Nikita berkongsi mengenai hal tersebut menerusi rakaman temubual di YouTube Trans7 Official pada Khamis lalu. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI