BINTANG realiti dan usahawan Kylie Jenner didakwa meniru fesyen bintang legenda Bollywood iaitu mendiang Sridevi ketika menyambut ulang tahun ke-25 baru-baru ini. Perkara itu hebat diperkatakan peminat Sridevi terutamanya di India apabila mereka berkongsi gambar perbandingan kedua-dua selebriti itu di media sosial. Pada majlis sambutan hari jadinya, Kylie mengenakan baju cowl neck berwarna perak sama seperti yang pernah digayakan Sridevi sekitar tahun 1990-an. ARTIKEL BERKAITAN: Kylie Jenner dituduh mencemarkan alam, guna jet peribadi untuk penerbangan 3 minit! Lebih memberi persamaan apabila Jenner turut mengenakan gaya solekan dengan gaya rambut yang kelihatan mirip dengan pelakon berkenaan. "Ini membuktikan Sridevi jauh lebih mendahului fesyen di zamannya," kata peminat. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI