suria

Pelakon Euphoria, Jacob Elordi berpisah dengan Olivia Jade selepas tiga bulan bercinta

Perpisahan Jade dan Elordi hangat diperkatakan kerana tempoh percintaan pasangan ini hanya bertahan tiga bulan.

PENGARUH persekitaran dikatakan menjadi punca hubungan pasangan Olivia Jade dan Jacob Elordi berakhir.

Tidak mampu bertahan lama, percintaan mereka dipercayai hanya bertahan selama tiga bulan sahaja.

Peminat berpendapat, Jade, 22, kerap dilihat menghabiskan masa bersama rakan-rakan berbanding pelakon siri Euphoria, Elordi, 25, yang lebih fokus kepada kerjaya sehingga menjadi punca perpisahan itu.

Bagaimanapun ada berpendapat kedua-dua memilih untuk memutuskan hubungan kerana tidak serasi bersama.

ARTIKEL BERKAITAN: Ranveer Singh bakal disiasat polis kerana gambar bogel

"Mereka tidak mencari hubungan yang serius pada masa ini.

"Memandangkan kedua-duanya baharu putus cinta sebelum ini, jadi mereka tidak tergesa-gesa untuk mencari pengganti," kata sumber terdekat.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain