suria

Dimaklumkan penerima anugerah, Kangana Ranaut anggap helah penganjur untuk paksa datang majlis

Kangana berpendapat Anugerah Filmfare mengamalkan sikap pilih kasih terhadap pelakon.

FILEM lakonan Kangana Ranaut bertajuk Thalaivii mungkin tidak dianggap sebagai satu karya pecah panggung di Bollywood.

Namun aktres tersebut tetap menerima pencalonan di Anugerah Filmfare bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik untuk filem terbabit.

Tentu sahaja perkara itu menggembirakan namun tidak kepada Kangana.

Pelakon berusia 35 tahun itu meluahkan perasaan tidak puas hati di Instagram apabila dia dimaklumkan akan menerima anugerah berkenaan dan diminta hadir ke majlis.

ARTIKEL BERKAITAN: Kali pertama muncul selepas kes dadah, peminat histeria tengok Aryan Khan... Nampak macam kembar Shah Rukh Khan

"Saya tidak menyokong aktiviti tidak adil yang diamalkan oleh Filmfare sejak 2014.

"Kali ini mereka beriya-iya menjemput dengan mengatakan akan memberikan saya anugerah menerusi filem Thalaivii.

"Saya sangat terkejut mengetahui mereka masih mencalonkan saya. Pada saya ini rasuah dan kerja tidak beretika," katanya.

Dalam pada itu, Kangana turut berhasrat untuk menyaman pihak Filmfare kerana berbuat demikian.

Baginya acara tersebut lebih tertumpu kepada kehadiran semata-mata dan bukannya untuk menghargai pengkarya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain