SEBAIK sahaja single baharu Blackpink berjudul Pink Venom dilancarkan pada 19 Ogos lalu, lagu tersebut berjaya menjuarai beberapa carta muzik antarabangsa. Kejayaan kumpulan dari Korea Selatan itu tentu sahaja membanggakan peminat setia mereka apabila Pink Venom berjaya mengungguli kedudukan pertama carta iTunes di Amerika Syarikat. Dalam tempoh 24 jam lagu itu dilancarkan ia berjaya menjuarai carta muzik aplikasi penstrimen dan selain berada di kedudukan nombor satu sebagai lagu dimuat turun terbanyak. ARTIKEL BERKAITAN: Peminat 'bengang' konsep muzik video Blackpink hampir sama dengan Aespa "Lihat! Ini satu kejayaan membanggakan oleh Blackpink dan mereka benar-benar menguasai dunia sebagai penyanyi popular," kongsi peminat di media sosial. Pengaruh Blackpink di seantero dunia itu turut berjaya menewaskan selebriti lain seperti Nicki Minaj, Bailey Zimmerman dan David Morris di iTunes. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI