suria

Peminat bengang sudah bayar RM250, Minhyuk (Monsta X) tak balas mesej

Minhyuk tidak membalas sebarang komen peminat di aplikasi komunikasi.

PEMINAT meluahkan rasa bengang terhadap Minhyuk yang juga anggota kumpulan Mosta X kerana penyanyi itu didakwa tidak pernah memberi sebarang respons menerusi sebuah aplikasi.

Apa membuatkan mereka lebih kecewa, yuran menyertai aplikasi itu dikenakan sebanyak RM250 sebulan namun Minhyuk tidak pernah berinteraksi dengan peminat.

Menerusi beberapa mesej yang dihantar, Minhyuk didakwa sepi sejak Februari lalu sehingga ramai merasakan telah ditipu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan Korea Selatan buat tinjauan sama ada BTS perlu jalani latihan ketenteraan

"Saya harap Minhyuk dapat balas mesej saya walaupun hanya sekali. Ini tidak, langsung tiada sebarang khabar daripadanya.

"Sejak Februari hingga kini, dia senyap tanpa sebarang khabar, kami membayar yuran setiap bulan.

"Tolong balas mesej kami Minhyuk!," komen peminat seperti dilaporkan AllKpop.

Kumpulan Monsta X menggunakan aplikasi Universe sebagai medium untuk berinteraksi dengan peminat dari seluruh dunia dan yuran dikenakan tidak boleh dikembalikan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain