PENYANYI R&B Ray J mendakwa idea penyebaran pita rakaman aksi seks bersama Kim Kardashian yang tular pada 2007 didalangi oleh ibu bintang realiti itu, Kris Jenner. Ray, 41, menerusi beberapa hantaran di Instagram Story turut mendedahkan kontrak yang ditandatangani selain perbualan dengan Kim berhubung isu berkenaan pada April lalu. "Anda tahu apa yang telah kita lakukan. Ibu anda yang mengawal keseluruhan perjanjian video seks ini dengan Joe Francis dan Steve Hirsh. "Itu adalah idea Kris untuk menjual video itu kepada Vivid Entertainment dan kita hanya bersetuju," katanya. Ray turut mendedahkan mesej dihantar kepada Kim. Kemarahan Ray memuncak apabila Kris, 66, muncul dalam program The Late Late Show with James Cordon dan menafikan menjadi dalang penyebaran video seks melibatkan Kim dan Ray. Ray, 41, berkata, kedua beranak itu telah memperbodohkan orang yang salah dan menyatakan hasrat untuk memfailkan saman fitnah terhadap Kim dan Kris. ARTIKEL BERKAITAN: Kim Kardashian sekali lagi tayang punggung, pilih sendiri pakai ‘jockstrap’ ARTIKEL BERKAITAN: Buli teman lelaki, Kim Kardashian beri Kanye West amaran Penyanyi itu turut kesal kerana sikap mereka yang seolah-olah ingin meletakkan semua kesalahan ke atas dirinya dan lebih parah peminat mempercayai air mata dua beranak itu sebagai mangsa keadaan. Kim menafikan penglibatannya dalam penyebaran video tersebut tetapi Ray menegaskan selebriti itu berbohong dan mendedahkan kontrak ditandatangani mereka dengan Vivid Entertainment. Dalam kontrak yang didedahkan menunjukkan Kim bersetuju dan menandatangani perjanjian tersebut. Penyebaran rakaman aksi seks Kim dan Ray yang ketika itu pasangan kekasih telah melonjakkan nama dan program realiti keluarganya, Keeping Up With the Kardashians. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI