suria

Kesan keganasan rumah tangga, Yuni Shara dedah pura-pura nikmati hubungan intim 

Yuni Shara mengalami trauma dengan perkahwinan pertamanya.

PENYANYI Indonesia Yuni Shara membuat pengakuan berani mati dengan mendedahkan dia berpura-pura menikmati hubungan intim bersama bekas suaminya sebelum ini.

Yuni berkata, dia tidak pernah menikmati hubungan seks bersama bekas suaminya kerana trauma dengan pengalaman rumah tanggannya.

"Saya berpura-pura seronok semasa hubungan seks, tak pernah merasai kenikmatannya," katanya ketika muncul dalam program podcast Deddy Corbuizer.

306030811_481841167130971_5622141589961629670_n

Yuni Shara hanya berpura-pura seronok ketika hubungan intim.

Kakak kepada penyanyi terkenal Krisdayanti ini berkata dia menjadi trauma selepas berdepan dengan keganasan rumah tangga ketika berkahwin dengan Raymond Manthey.

"Sejujurnya sejak perkahwinan pertama, saya dikasari setiap hari kerana ia berlaku ketika usia masih muda dan sehingga ke hari ini, semua kejadian itu melekat di dalam jiwa," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak izin Yuni Shara kahwin dengan syarat bukan lelaki muda

ARTIKEL BERKAITAN: Yuni Shara tak mahu anak Aurel panggil nenek, minta cucu saudara panggil bonda

Trauma dengan apa yang berlaku, Yuni turut mendedahkan dia turut menjalani rawatan rangsangan seksual selepas bercerai dan sentiasa berdoa tidak bertemu dengan bekas suaminya itu.

"Kawan saya pernah bawa saya berjumpa doktor waktu itu kerana trauma dengan lelaki. Saya juga sentiasa berdoa agar tidak dipertemukan dengan bekas suami dan Alhamdulillah sudah 25 tahun saya tidak berjumpa dengannya," katanya.

Untuk rekod, Yuni dan Raymond berkahwin pada 1993 namun selepas empat bulan mendirikan rumah tangga, pasangan ini memilih untuk bercerai.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain