PENYANYI rap terkenal, Cardi B mengaku bersalah atas dua pertuduhan mencetuskan pergaduhan di sebuah kelab malam sehingga mendatangkan kecederaan kepada dua pekerja pada 2018 di Mahkamah New York, pada Jumaat lalu. Cardi atau Belcalis Marlenis Almanzar membuat pengakuan itu dihadapan hakim sebelum perbicaraan dimulakan kerana tidak mahu membuang masa mahkamah. "Banyak perkara yang telah saya rancang bersama keluarga, kerjaya dan masyarakat. Saya perlu jujur daripada terpaksa hadir untuk perbicaraan selama tiga minggu," katanya. Cardi B mengaku bersalah cederakan pekerja kelab malam. Hakim kemudiannya memerintahkan Cardi bersama dua tertuduh lain menjalani perkhidmatan masyarakat selama 15 hari sebagai hukuman. Kesemua tertuduh juga turut dipertintahkan untuk tidak mendekati mangsa yang merupakan pekerja kelab malam berkenaan selama tiga tahun. ARTIKEL BERKAITAN: Chrissy Teigen kejutkan peminat dedah pernah gugurkan kandungan ARTIKEL BERKAITAN: Bukan hanya di AIM23, Keisya Levronka banyak kali ‘terkucil’ nyanyi lagu sendiri Kejadian itu berlaku pada 29 Ogos 2018 yang mana Cardi bersama kumpulannya dilaporkan melontar botol, kerusi dan alat penghisap shisa ke arah dua pekerja Kelab Angles Strip. Serangan tersebut dipercayai berpunca daripada perasaan cemburu selepas salah seorang pekerja kelab berkenaan didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya, penyanyi rap Offset. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI