suria

Lady Gaga menangis mohon maaf kepada peminat, terpaksa tamatkan konsert kerana ribut petir

Lady Gaga menangis memohon maaf kepada peminatnya.

PENYANYI dan pelakon Lady Gaga terpaksa menghentikan persembahan terakhir siri jelajah Chromatica Ball di Florida selepas lokasi berkenaan dilanda ribut kencang.

Menurut laporan Celebrity, ketika kejadian itu Gaga hampir membuat persembahan akhir dan kilat menyambar lokasi di Stadium Hard Rock Miami.

Penyanyi itu terpaksa menghentikan persembahan di hadapan 65,000 penonton dan menasihati mereka untuk bergerak ke kawasan yang lebih selamat.

Meskipun pasukannya berharap cuaca buruk itu cepat reda, namun atas nasihat konsert tersebut terpaksa ditamatkan

gaga2

Persembahan terakhir siri jelajah Chromatica Ball di Florida selepas dilanda ribut kencang.

ARTIKEL BERKAITAN: Lady Gaga berdepan masalah psikologi... terbawa-bawa watak Patrizia Reggiani walaupun selepas habis penggambaran

ARTIKEL BERKAITAN: Lady Gaga luah hasrat ingin berkahwin dan miliki cahaya mata dalam masa terdekat

Sementara itu, Gaga membuat permohonan maaf kerana tidak dapat meneruskan persembahan akibat daripada cuaca buruk.

"Saya minta maaf tidak dapat menghabiskan persembahan kerana ia terlalu bahaya.

"Kilat sabung menyabung dan nampaknya seperti tidak reda.

"Walaupun selama ini ada yang memanggil saya 'Mother Monster', tetapi jauh di sudut hati, saya ingin pastikan anda semua selamat," tulisnya di Instagram.

gaga1

Gaga turut menangis menerusi video yang dimuat naik di instagramnya.

Selebriti ini dilihat turut menangis kerana kesal dengan apa yang berlaku.

"Ketika hujan berhenti, ada petir yang menyambar ke tanah dan begitu dekat dengan kami," jelasnya.

Difahamkan, Gaga mempunyai kira-kira enam buah lagu lagi untuk dipersembahkan sebelum mengambil keputusan menamatkan konsert tersebut.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain