IBU kepada penyanyi Lisa Blackpink mencuri perhatian netizen apabila dikatakan memiliki paras rupa yang cantik selain kelihatan awet muda. Wanita yang dikenali sebagai Ms. Manobal itu menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen yang memuji penampilannya menggayakan pakaian tradisional Korea Selatan iaitu Hanbok ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon baru-baru ini. Ibu Lisa itu terbang ke Seoul dari Bangkok, Thailand bagi menghadiri konsert Blackpink's Born Pink World Tour. Ibu dan anak yang mencuri perhatian netizen. Ms. Manobal juga dilihat sempat bersiar-siar bersama Lisa dengan memakai pakaian sedondon dan peminat memuji kecantikan penyanyi itu datang daripada ibunya. Beberapa foto yang tersebar di media sosial memperlihatkan wanita itu bergaya seperti orang muda dengan memakai gaun floral serta topi selain but kulit, beg tangan dan kaca mata hitam sebagai pelangkap gaya. ARTIKEL BERKAITAN: TikToker dari Thailand jadi perhatian netizen, dikatakan mirip Rose Blackpink ARTIKEL BERKAITAN: Peminat iri hati Jennie Blackpink beri hadiah iPhone 14 Pro Max kepada pengurus "Baka yang baik, like mother like daughter! Coolnya ibu Lisa, patutlah Lisa bergaya seperti ibunya. "Lisa memang mirip seperti ibunya," komen netizen. Ibu Lisa berwarganegara Thailand manakala bapa tirinya berasal dari Switzerland. Penyanyi itu merupakan anak tunggal dan sejak kecil dia membesar bersama bapa tirinya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI