SELEPAS menjadi perhatian gara-gara dakwaan melakukan keganasan rumah tangga terhadap isterinya iaitu Lesti Kejora, pelakon Rizky Billar mengakui dia kini takut berhadapan dengan media. Rizky yang hadir bagi memberi keterangan di Balai Polis Jakarta Selatan pada Isnin juga dilihat cuba mengelak setiap kali pengamal media mahu mendapatkan kenyataan serta mengambil gambarnya. "Saya takut menjadi bahan bualan ramai," ujarnya ringkas seperti yang dipetik dari Detik. ARTIKEL BERKAITAN: Lesti Kejora tarik balik laporan polis terhadap Rizky Billar demi anak Sementara itu wakil peguam Rizky iaitu Philupus Sitepu memaklumkan mereka selesai memberi keterangan dan menunggu keputusan yang bakal dikeluarkan pihak berkuasa. "Kami harap hasil siasatan segera dikeluarkan. Semoga masalah ini akan selesai secepat mungkin," jelasnya. Sebelum ini, Lesti membuat satu laporan polis mendakwa Rizky melakukan keganasan terhadap dirinya selepas perbuatan curang suaminya itu diketahui. Lesti bagaimanapun menarik kembali laporan berkenaan atas alasan bimbang kes berkenaan akan memberi kesan kepada anak mereka. Untuk rekod, Rizky dan Lesti bernikah pada awal tahun 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Leslar Al-Fatih Billar. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI