DUA tahun selepas kehilangan bayi akibat komplikasi, penyanyi dan penulis lagu terkenal Hollywood iaitu Christina Perri akhirnya selamat melahirkan seorang anak perempuan pada Sabtu lalu. Menurut Christina, kehadiran bayi itu dianggap ajaib dan mampu memberikan kebahagiaan buatnya dan suami, Paul Costabile. "Dia di sini! Dengan penuh kepercayaan dan harapan, akhirnya dia selamat dilahirkan. "Perkenalkan bayi perempuan Ajaib kami, Pixie Rose Costabile," tulisnya di Instagram. Christina Perri selamat melahirkan seorang anak perempuan. Rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan berkongsi kegembiraan atas kelahiran bayi keduanya ini. "Saya tidak boleh berhenti menangis melihat gambar anda. Tahniah! "Oh bayi ini melengkapkan keluarga anda. Tahniah kepada kamu, Paul dan Carmella. "Saya gembira untuk anda dan keluarga. Bayi perempuan yang sangat comel," tulis netizen. ARTIKEL BERKAITAN: “Sejak hari pertama IVF saya kongsi perjalanan zuriat ini” - Madammu enggan sorok berita kehamilan walau kandungan baru 5 minggu ARTIKEL BERKAITAN: Dalam gembira ada duka... Rebecca Nur Al Islam hamil anak keenam, ada kemungkinan terpaksa digugurkan Kelahiran anak kedua memberikan kebahagiaan buatnya serta suami, Paul Costabile. Selepas memiliki anak pertama, pasangan ini berusaha untuk menambah cahaya mata. Christina kemudiannya hamil namun mengalami keguguran pada Januari 2020 sewaktu kandungan berusia 11 minggu. Penyanyi A Thousand Years ini kemudiannya hamil sekali lagi pada Julai 2020 dan dia sempat berkongsi berita gembira itu di laman sosial. Bagaimanapun, dia sekali lagi kehilangan anak keduanya selepas bayi berkenaan gagal memberikan tindak balas sejurus dilahirkan. Untuk info, Christina mendirikan rumah tangga dengan Paul pada Disember 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Carmella. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI