suria

Tak serik buat pembedahan wajah, Lucinta Luna kata suara ‘abang-abang’ tak boleh jual... Sekali Luna Maya bagi nasihat makan dalam!

Lucinta Luna percaya dengan kecantikan sahaja dapat menarik perhatian lelaki.

SELEBRITI Indonesia, Lucinta Luna mengakui tidak serik menjalani pembedahan untuk kelihatan cantik sehinggalah dia berjaya mendapatkan seorang suami.

Memetik laporan Suara.Com, Lucinta berpendapat kecantikan yang dimiliki olehnya itu nanti mampu menarik perhatian lelaki.

Katanya, untuk mendapatkan kecantikan seperti yang dimahukan dia perlu menjalani pembedahan lagi selepas ini.

Lucinta nak jadi cantik untuk tarik perhatian lelaki.

Perkara itu dikongsikan Lucinta ketika sesi temu bual bersama Luna Maya menerusi satu saluran YouTube.

Bagaimanapun, pandangan itu tidak dipersetujui oleh Luna Maya yang berpendapat Lucinta tidak perlu menjalani pembedahan sebaliknya mencintai dirinya sendiri.

"Tidak boleh macam itu, awak perlu hargai diri sendiri. Awak itu berharga," kata Luna.

ARTIKEL BERKAITAN: Lucinta Luna dedah pernah jadi pelacur di Singapura, terpedaya bayaran lumayan

ARTIKEL BERKAITAN: Lucinta Luna kini ingat dosa, menyesal buat pembedahan plastik

Lucinta berpendapat tiada cara lain lagi yang boleh dilakukan untuk menarik perhatian lelaki memandangkan suaranya juga tidak seperti perempuan.

"Habis nak buat macam mana lagi? Nak jual suara pun suara macam abang-abang," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain