suria

Nikita Mirzani mengamuk di balai polis, tak puas hati kena reman 20 hari 

Nikita Mirzani reman pada Selasa.

SELEBRITI kontroversi Indonesia iaitu Nikita Mirzani sekali lagi ditahan pihak polis pada malam Selasa bagi membantu siasatan dakwaan memuat naik hantaran berbaur jelik, fitnah dan penghinaan di Instagram miliknya.

Nikita didakwa melakukan perbuatan itu terhadap seorang usahawan iaitu Dito Mahendra menerusi Instagram Story pada Mei lalu.

Pelakon sensasi itu didakwa memuat naik gambar Dito yang telah disunting dengan meletakkan kata-kata berunsur penghinaan sehingga menyebabkan pencemaran nama baik usahawan berkenaan.

"Jangan percaya dengan orang ini kerana dia suka menipu! Dia suka cakap banyak dan seorang penipu," tulis Nikita pada kapsyen yang diletakkan pada gambar berkenaan.

ad

Dito Mahendra (kiri) membuat laporan polis berhubung hantaran dibuat Nikita.

Sementara itu, Nikita yang pada awalnya hadir ke balai polis bagi membantu siasatan tiba-tiba didengar mengamuk dan menjerit sekuat hatinya ekoran tidak berpuas hati dirinya ditahan reman.

Dalam rakaman video yang tersebar di media sosial, Nikita yang sedang menangis menggelar semua anggota polis yang berada di situ sebagai orang jahat dan tidak mempunyai hati nurani kerana ingin menahannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bimbang anak-anak berebut harta selepas meninggal dunia, Nikita Mirzani dah siap buat wasiat!

ARTIKEL BERKAITAN: 13 tahun jadi artis tak kaya-kaya, Nikita Mirzani pelik usahawan Juragan99 jadi jutawan tiba-tiba... Siap ada jet peribadi

"Anda semua orang jahat, anda tidak punya hati nurani... anda fikir saya penjahat?," katanya.

Bagaimanapun, Nikita kemudiannya dibawa keluar dari balai polis berkenaan sebelum menaiki sebuah kenderaan dipercayai untuk ke lokap tahanan reman di Rutan Serang.

Nikita dilaporkan akan ditahan reman bagi membantu siasatan selama 20 hari dan akan dibebaskan pada 13 November 2022.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain