MINGGU lalu tular beberapa foto menyaksikan kemesraan di antara model Hailey Bieber dan penyanyi Selena Gomez ketika mereka menghadiri malam gala Academy Museum di Los Angeles. Meskipun kedua-dua selebriti terkenal itu dikatakan bermasam muka namun foto yang diambil oleh Tyrell Hampton itu menunjukkan sebaliknya dan ia bukti mereka tidak bermusuhan. Bagaimanapun, suami Hailey iaitu Justin Bieber yang juga bekas kekasih Selena tidak gembira dengan keakraban yang ditonjolkan. Memetik laporan Geo News, Justin juga dikatakan memberi amaran kepada Hailey agar tidak menjalinkan hubungan rapat dengan Selena. Hailey dan Selena kini telah menjadi kawan baik. Kata Justin, dia bimbang jika berlaku sesuatu yang tidak diingini di antara mereka kelak. "Dia memberi amaran kepada Hailey untuk menjauhkan diri daripada Selana kerana takut sesuatu yang buruk berlaku," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Konsert Justin Bieber di Kuala Lumpur tunda, peminat boleh tebus semula tiket dalam 14 hari ARTIKEL BERKAITAN: Empat tahun berdiam diri, Hailey Bieber buka mulut tuduhan punca Justin Bieber dan Selena Gomez berpisah Terdahulu, hubungan Hailey dan Selena didakwa dingin gara-gara model itu dikatakan merampas Justin daripada penyanyi berkenaan. Sejak Justin dan Hailey berkahwin, pasangan itu sering menjadi sasaran netizen dan menunjukkan rasa kasihan terhadap Selena. Hailey dalam satu temu bual bagaimanapun menyangkal semua dakwaan berkenaan malah menegaskan hubungannya dengan Selena baik-baik sahaja. "Mereka dah ada hidup mereka sendiri sekarang jadi mereka lupakan perkara lepas dan mulakan hidup baharu," ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI