suria

Keluarga Atta Halilintar cerewet soal pasangan hidup, perlu dapat persetujuan semua sebelum bercinta

Keluarga besar Halilintar.

PERSONALITI media sosial terkenal Indonesia Atta Halilintar mendedahkan ibu bapanya sangat teliti dan cerewet tentang soal perhubungan cinta mereka adik-beradik.

Atta atau Muhammad Attamimi Halilintar, 27, berkata, sebelum membawa mana-mana wanita pulang ke rumah untuk diperkenalkan kepada keluarga, mereka perlu mendapat persetujuan terlebih dahulu.

"Macam adik lelaki saya Saaih atau Thariq, apabila mereka bercinta dengan mana-mana wanita, mereka mesti mendapat persetujuan ahli keluarga terlebih dahulu atau lupakan sahaja," katanya.

Atta mendedahkan perkara itu ketika muncul dalam sebuah video YouTube bersama Ayu Dewi.

Atta merupakan anak sulung daripada 11 orang adik-beradik.

Tambah Atta, apa lebih penting adalah persetujuan itu perlu datang daripada ibunya, Lenggogeni Faruk dan adik beradik perempuannya.

"Kalau mama dan adik-beradik semua tidak suka dengan calon pasangan, mereka akan bantah dan beri komen pedas tentang apa yang mereka tidak suka," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Atta Halilintar dikecam gara-gara minta menantu bersalin secara normal

ARTIKEL BERKAITAN: Atta Halilintar bagi Aurel hadiah istimewa sempena hari jadi, dah lama impi sejak sebelum kahwin

Pendedahkan Atta itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen yang ada di antara mereka menyifatkan syarat dikenakan keterlaluan.

Malah ada menganggap keluarga Halilintar sebagai 'sempurna' dan boleh menilai orang lain mengikut kehendak mereka.

"Mereka rasa diri sempurna, jangan hidup macam itu sebab jasad dan roh ini pinjaman daripada Allah.

"Menyusahkan ada mentua seperti ini dah harap karma akan datang kepada mereka," komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain