suria

Berat badan naik mendadak, YouTuber dakwa Park Bom 2NE1 derita ADD

Peminat bimbang lihat penampilan terbaharu Park Bom.

PENAMPILAN terbaharu penyanyi Korea Selatan, Park Bom di acara muzik Popstival 2022 yang diadakan di Manila, Filipina menarik perhatian ramai.

Bekas ahli kumpulan 2NE1 ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminat ekoran penambahan berat badan Park yang mendadak.

Menerusi sebuah video tular di laman TikTok, peminat gembira melihat penyanyi berkenaan membuat persembahan namun bimbang terhadap tahap kesihatannya.

Memetik laporan Allkpop, sebelum ini seorang YouTuber yang dikenali sebagai Lee Jin Ho memuat naik sebuah video mendakwa Park disahkan menghidap attention deficit disorder (ADD).

park2

Peminat berharap Park Bom dalam keadaan baik.

Gangguan itu menyebabkan Park tidak dapat mengawal tabiat pemakanannya.

YouTuber itu menjelaskan dia bertanya kepada bekas pegawai YG Entertainment dan pihak pengurusannya menjelaskan sukar untuk mengawal Park Bom.

ARTIKEL BERKAITAN: Wonyoung IVE terlalu kurus, peminat bimbang alami gangguan pemakanan

ARTIKEL BERKAITAN: Hilang 11kg dalam masa dua bulan, Rossa Sera kurus bukan kerana ‘balas dendam’

"Apabila Park tertekan, dia akan makan secara berlebihan dan berat badannya dilihat bertambah sejak Julai lalu.

"Ramai bimbang dengan kenaikan berat badannya mungkin kerana dia mungkin mengalami tekanan yang hebat," katanya.

park1

Penyanyi ini pernah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 11 kilogram.

Bagaimanapun, syarikat pengurusannya menjelaskan Park tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan seperti didakwa.

Peningkatan berat badan itu jelasnya disebabkan Park sebelum ini sudah lama tidak aktif dalam bidang seni dan ketika ini dia sedang berusaha mendapatkan kembali bentuk badan ideal.

Terdahulu, Park pernah mendapat perhatian ramai selepas kehilangan berat badan sebanyak 11 kilogram tahun lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain