suria

Pelakon sinetron Frans Nickolas ketagih tonton filem lucah, tabiat berlarutan sampai kahwin!

Frans kini mula berubah dan meninggalkan tabiat buruknya.

PELAKON sinetron Indonesia, Frans Nickolas mendedahkan tabiat gemar menonton filem lucah menyebabkan dia menjadi ketagih.

Frans mendedahkan dia mula ketagih menonton pornografi sejak zaman sekolah dan tabiat itu berlarutan sehingga dia berkahwin.

Ekoran tabiat buruk berkenaan, Frans memberitahu ia memberi kesan kepada keharmonian rumah tangganya dan merasakan berlaku curang terhadap isteri sendiri.

"Saya sudah mula ketagih menonton filem porno sejak zaman sekolah sehinggalah sudah berkahwin.

Frans Nickolas

Frans mendedahkan dia ketagih menonton filem lucah sejak remaja.

"Memang isteri marah dengan tabiat buruk saya itu... cuba bayangkan seorang yang kita cintai dan tinggal bersama lebih memilih untuk hidup dengan fantasi.

"Apa yang telah saya lakukan itu seperti curang dengan isteri sendiri," katanya seperti dipetik dari KapanLagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Nikita Mirzani mengamuk di balai polis, tak puas hati kena reman 20 hari

Frans bagaimanapun cuba menghentikan tabiat buruk itu dengan mendapatkan nasihat pakar selain mendekatkan diri kepada agama.

"Sebelum ini saya anggap ia hanya perkara biasa dalam kalangan lelaki. Ternyata ia memberi kesan tidak sihat termasuk dalam rumah tangga.

"Saya mendapatkan nasihat pakar dan cuba bersikap terbuka ketika awal proses pemulihan selain mendekatkan diri dengan agama," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain