suria

Lucinta Luna penat kena buli, mahu habiskan sisa hidup di luar negara

Lucinta Luna luah hasrat menghabiskan sisa hidup di luar negara.

SELEBRITI transgender Lucinta Luna mengakui dirinya berasa sunyi walaupun sering terlihat gembira di khalayak ramai.

Kata Lucinta, dia perlukan seseorang di sisinya bagi membantu menaikkan kembali semangatnya.

"Saya gembira dan okay tetapi saya ada kekurangan iaitu kesunyian. Saya harap saya ada pasangan sebagai pendamping untuk hilangkan rasa itu," katanya.

Lucinta Luna kongsi perancangan hidupnya.

Lucinta kongsikan perkara itu bersama Luna Maya menerusi satu temubual saluran YouTube.

Berkongsi pengalaman masa depannya, Lucinta memberitahu bahawa dia mahu tinggal di luar negara bagi menghabiskan sisa hidupnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak serik buat pembedahan wajah, Lucinta Luna kata suara ‘abang-abang’ tak boleh jual... Sekali Luna Maya bagi nasihat makan dalam!

ARTIKEL BERKAITAN: Lucinta Luna dedah pernah jadi pelacur di Singapura, terpedaya bayaran lumayan

Bukan itu sahaja, dia juga merancang mahu mendirikan rumah tangga dan ingin mengambil anak angkat dalam lima tahun akan datang.

"Lima tahun akan datang saya nak berkahwin, tinggal di luar negara dan mengambil anak angkat. Saya nak habiskan hidup saya di sana," katanya lagi.

Lucinta serik jadi mangsa buli netizen.

Dalam pada itu, dia juga mengakui sudah bosan sering menjadi mangsa hinaan dan dibuli netizen sehingga memberi tekanan kepadanya.

Katanya, dia sudah melakukan terbaik untuk diterima sebagai seorang wanita namun tetap tidak dapat memuaskan hati netizen.

"Jika diberi pilihan saya nak ke Jerman terlebih dahulu sebelum netizen mengenali saya," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain