suria

Krisdayanti dan Ashanty terlalu melindungi cucu pertama, Aurel Hermansyah rasa terpinggir sebagai ibu 

Aurel dan Atta sentiasa menghormati Krisdayanti dan Ashanty sebagai ibu.

PENYANYI Aurel Hermansyah berasa seperti dikongkong oleh ibunya sendiri selepas melahirkan cahaya mata sulung Ameena Hanna Nur Atta.

Aurel, 24, berkata, ibunya Krisdayanti dan ibu tiri, Ashanty disifatkan sebagai terlalu bersikap melindungi terhadap Ameena sehingga adakalanya dia berasa terpinggir.

"Kadang-kadang saya rasa nak marah sebab nenek-nenek Ameena keterlaluan dalam melindunginya seperti seolah-olah saya tidak tahu menguruskannya.

Aurel dan Atta sering memuat naik gambar bersama anak sulung mereka iaitu Ameena di Instagram

"Saya sebagai seorang ibu tahu bagaimana hendak menguruskan anak sendiri," kata isteri YouTuber terkenal, Atta Halilintar berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sering diejek kerana anak selebriti terkenal, Aurel Hermansyah cadang sekolahkan Ameena di luar negara

ARTIKEL BERKAITAN: Atta Halilintar dah jadi ayah! Aurel selamat lahir ‘Baby A’

Pun begitu, Aurel tetap bersyukur kerana kedua-dua ibunya itu cukup sayang kepada anaknya dan sering mengambil berat tentang semua hal berkaitan cucu pertama mereka itu.

"Nenek-nenek Ameena memang keterlaluan tetapi saya bersyukur kerana mereka berdua selalu memberi perhatian kepada anak saya dan tidak pernah melakukan apa-apa tanpa kebenaran saya," katanya.

Seperti Krisdayanti yang menetap di Timor Leste sering berkunjung ke Jakarta untuk melawat cucunya itu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain