suria

Selepas 13 tahun kahwin, Gisele Bundchen dan Tom Brady umum cerai... “Kami sepakat akhiri hubungan ini secara baik”

Gisele dan Tom membuat kenyataan terbuka di Instagram.

SUPERMODEL Brazil, Gisele Bundchen mendedahkan bahawa dia dan suami, Tom Brady yang juga merupakan pemain besbol profesional sudah bercerai selepas 13 tahun mendirikan rumah tangga.

Pasangan ini memaklumkan mengenai perkara itu menerusi laman Instagram masing-masing dan memberitahu mereka telah mencapai kata sepakat.

Malah, mereka akan tetap memberi keutamaan kepada anak-anak dan mahu menjadi ibu bapa terbaik.

"Dengan penuh rasa terima kasih untuk sepanjang tempoh kami bersama, Tom dan saya telah bersepakat untuk mengakhiri perhubungan kami secara baik.

"Keutamaan saya akan terus diberikan kepada anak-anak kami dan kami akan sentiasa bersama memberikan kasih sayang dan perhatian sepenuhnya kepada mereka," tulis Gisele.

gisele1 - 1

Gisele ingin beri keutamaan kepada anak-anak.

ARTIKEL BERKAITAN: Gisele Bundchen Pernah Jadi Mangsa Buli

ARTIKEL BERKAITAN: Sule kunci mulut dakwaan bekas isteri curang punca cerai

Dalam pada itu, Gisele berkongsi, keputusan untuk menamatkan perkahwinan ini tidak mudah tetapi dia turut menitipkan doa buat bekas suaminya itu.

"Sudah tentu perpisahan ini adalah sukar dan tidak mudah, namun saya bersyukur dengan sepanjang tempoh kami bersama.

"Saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Tom," tulisnya.

gisele2 - 1

Gisele dan Tom bersama anak-anak.

Untuk info, Gisele dan Tom mendirikan rumah tangga pada awal tahun 2009 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Benjamin Rein, 13, dan Vivian Lake Brady, 10.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain