BEKAS anggota kumpulan Spice Girls iaitu Victoria Beckham meluahkan kebimbangan terhadap rumah tangganya bersama bintang bola sepak, David Beckham. Victoria berkata dia trauma jika ditinggalkan David selepas anak lelaki mereka, Brooklyn memulakan kehidupan baharu jauh dari London selepas berkahwin dengan Nicola Peltz. Penyanyi dan pereka fesyen itu bimbang David akan menjadi orang seterusnya yang meninggalkan dirinya suatu hari nanti. Victoria taruma ditinggalkan anak kesayangan, Brooklyn. "Saya bimbang sekiranya David akan pergi meninggalkan saya memandangkan kami masing-masing sudah berusia," katanya. Mengetahui kebimbangan isterinya itu, David dikatakan memberi layanan istimewa kepada Victoria agar kebimbangan itu tidak menghantui dirinya. ARTIKEL BERKAITAN: Victoria Beckham akhirnya bersuara isu buang tatu nama suami ARTIKEL BERKAITAN: Victoria Beckham buang tatu nama David Beckham, peminat mula spekulasi rumah tangga bermasalah "Saya melihat betapa kecewanya Victoria dengan apa yang berlaku selepas Brooklyn berkahwin, Dia benar-benar sayangkan anak sulung kami itu. "Selepas Brooklyn berkahwin saya lebih memberikan perhatian kepadanya agar dia tidak rasa kecewa atau kesunyian," ujarnya. Untuk rekod, pasangan ini berkahwin pada 1999 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Brooklyn Joseph, Romeo James, Cruz David dan Harper Seven. - Geo Entertaiment Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI